CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, December 29, 2009

Rezeki Abang!

Zura saje nak try masuk contest dalam blog, Alhamdulillah rezeki anak, Mikhail menang tempat pertama!


Hadiahnya seperti yang diberitahu dalam gambar atas ni..

Voucher membeli belah di
Comel Lote Collections RM 50, dan sehelai baju Muslimah RM 40 untuk mama.. Bestnyeee.. :D

Sebab Mikhail yang menang, jadi mama kena gunakan voucher tu untuk beli barang Mikhail la..
Tahniah ABANG! Ada kebaikan juga dengan kelasakan dia ni ye...hehe ;)



Monday, December 21, 2009

Sukaneka Tadika

Pada 14 Nov 2009, pertama kali Mikhail menyertai Sukaneka anjuran Tadika Halaman Ilmu..seronok betul dia..

Tengok tu..xleh duduk diam..


Terror betul anak mama ni bersukan...Untuk acara pertama dapat no 1...acara no 2 ni dapat no. 2..Cayalah Abang!!!Abang Hebat!!!

Lagu2 yang Mikhail berlatih nyanyi kat rumah tu rupa2nya untuk majlis inilah..


And, lastly, Mikhail dapat hadiah!!! Yahooooo!!!



Wednesday, November 25, 2009

Rama-rama

Video 5 : Rama-rama

Dari ulat jadi kepompong
Tidur rehat dalam kelongsong
Sampai waktu kepompong pecah pommm...pommm
Jadi rama2 yang indah
Rama-rama terbang merata
Hisap madu di taman bunga
Sungguh cantik aneka warna
Tapi sayang hidup tak lama





Tuesday, November 24, 2009

Bomba

Video 4 : Bomba




Tgk la gelagat Mikhail yang x nak duduk diam tu.. ada je benda yang nak dibuat

Thursday, November 19, 2009

Contest - Aksi Si Comel


Contest : Aksi Si Comel
Organized by : tinta comel lote blog
Deadline : 20/11/2009

penaja contest :
Comel Lote Collections
http://comellotecollection.blogspot.com/

Muslimah Online Shop
http://muslimahonlineshop.blogspot.com/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya baru terjumpa mengenai Contest - Aksi Si Comel. Tarikh tutupnya esok..harap2 masih diterima lagi la penyertaan ni ye.. :) hadiahnya sangat menarik..jom la kita ramai2 join contest ni...

HADIAH UTAMA

Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40)

2 HADIAH SAGUHATI

Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda
DONE

2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini. Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda.
DONE

3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk
Contest - Aksi Si Comel
DONE

4. Masukkan
1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama, tarikh lahir, umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda)
DONE

5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun.
DONE

6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana
Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelanggan kami.
DONE

7. Pastikan anda
mention nama penaja dan link kan dalam entry tersebut;


8. Bila dah siap, add comment dalam entry ini, nyatakan nama, email address & link entry anda
DONE

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ahmad Mikhail
16 Dis 2005
3 tahun 11 bulan
Aksi gimnastik di darat atau di kolam :D


1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelanggan kami.


1) Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi hadiah misteri @ diskaun kepada 10 pembeli terawal dalam setiap stok masuk atau memberi hadiah misteri @ diskaun kepada pelanggan setia yang membeli dari Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop melebihi 5 kali kerana mereka akan rasa lebih dihargai setelah setia bersama anda sekaligus boleh lah minta kerjasama
mereka untuk memberi testimoni kenapa mereka terus berminat untuk membeli di sini..







Wednesday, November 18, 2009

Aladdin

Video 3 : Aladdin pulok dah

Din din din Aladdin
Naik motor tak de lesen
Nak kawin xde cincin
Siapa botak licin?




Lagu ni dihafal secara tak sengaja lepas tgk kakak2 belakang rumah main kat depan rumah weols siap nyanyi lagu ni..terussss Mikhail dapat hafal...cayalah bangg



Monday, November 16, 2009

Keretapi

Video 2 : Keretapi

lirik xde la..layannn je la ye




So sweet Akma ketawa siap tutup2 mulut..


Friday, November 13, 2009

Mana kucing

Video pertama :

Mana kucing
mana kucing
Di dapur..di dapur
Curi ikan goreng..curi ikan goreng
Meow..meow..meow..2x

Dua harimau..dua harimau
Berlari..berlari (Mikhail sebut berrari ek) hihi
Satu tak de mata..satu xde telinga
macam mana..macam mana..




Thursday, November 12, 2009

Pok pek pok pek


Sejak pergi school ni, perkembangan Mikhail punyalah banyakk..

~ Pandai bercakap
~ Pandai menyanyi

~ Cepat ingat

~ Selalu bertanya..1 hari dia akan tanya lebih dari 100 soalan..jenuh gak nak menjawabnye..hihi..tgk tv nak tanya, duduk saje2 pun nak tanya..pok pek pok pek mulut dia..xleh diam langsung kecuali tidur..keke


Tapi orang kata budak yang banyak bertanya ni bagus..Alhamdulillah..dan kita sbg mak bapak xboleh la nak halang perkembangan dia tol x..


Ok esok2 mama update video nyanyian Mikhail dan adiknya..Off course la Akma kan, Aimy nyanyi bahasa dia boleh la skrg ni..hihi..


Monday, November 9, 2009

3 tahun 10 bulan

Mikhail dah pun mencecah 3 tahun 10 bulan ++

Banyak betul perkembangan dia..Alhamdulillah..sampai tak tertaip di sini... ;D
Dan Mikhail pun dah pandai uruskan diri sendiri...baju+seluar+bedak+sikap rambut semua dia yang buat..tapi kalau anginnya push push datang nak jugak kita buatkan walaupun dah pandai..

Ok kawan2, macam ni ye cara2 nak pakai seluar ;p



p/s: n3 ni saje2 je buat sebab mama xtau nak update apa lagi..layan je la ye :)


Tuesday, October 6, 2009

Beraya di kedah

Aksi2 anak teruna di pagi raya..

Bersama Tok Pa :)





Friday, July 10, 2009

Yakult

Still lagi proses mengimbas kenangan zaman kael kecik..

Masa ni umur Mikhail 1 tahun 9 bulan..ni tengah suruh dia makan la nie..macam2 nak kena nyanyi kasi Kael leka sikit...heheh :)

Wednesday, July 8, 2009

Adik baru




Mikhail suka sangat dapat adik baru..tapi yg Mikhail suka cakap abang suka adik boy..siannya dia..Tak pe la yang..boy ke girl ke..adik jugak kan...Abang kena jaga adik baik2..









Friday, June 12, 2009

Proses pembelajaran :)

Mengimbas masa anak mama ni kecik2,..gigih mengajar kael walaupun masa tu dia main2, tapi ikutkan aje mama ngan abah dia nie..hihihi..Dan Alhamdulillah semua yang diajar masa tu masuk n dia boleh ingat!Tahniah sayanggg



Abah siap ajar one two three dalam bahasa siam...huwaaaaa..mama xpaham :((

~ 2 tahun 2 bulan ~

Friday, June 5, 2009

Mari belajar

Alif Ba Ta...




Belajar menulis...




Belajar mewarna...





~ 3 Tahun 4 bulan ~



Friday, May 29, 2009

Berbasikal tanpa roda kecik

Ingat tak hari tu mama ada bgtau nk bukak rodak kecik tu kan..
Now?

Wohooo..anak sulung mama ni dah pandai naik basikal tanpa roda kecik 2 kat belakang tu...
Tak percaya? ni zura tunjukkan videonya...

** Sori ye teleng2 kepala nak tgk ye..mama xtau la camana nak rotate video...


See? Terror kan anak mama nie..sekali 2 je try, dah mahir...Good Job sayang!





Dan lagi...



~ 3 Tahun 5 bulan ~

Friday, May 22, 2009

Jom nyanyi lagu Nasyid

Mikhail ni dari kecik lagi dah tunjukkan minat dia dengan lagu2 nasyid..Alhamdulillah..apa yang diajar cepat dapat! Congrats Abang! Semoga Abang akan terus success!!!

Sayang2 Allah..sayang2 Nabi...Sayang2 ayah, sayang2 ibuu...



Sepohon kayu daunnya rimbun...






Baca doa makan...









~ 3 tahun 4 bulan ~

Friday, May 8, 2009

Abang yang penyayang

Buat Akma Mardhiah, Ni la abang yang sejati..Abang Mikhail saaaaayang sangat kat adik Akma tau...
InsyaAllah abang akan jadi anak yang baik dan abang yang baik dan bertanggungjawab... :)

Saturday, May 2, 2009

Expert dah

Mikhail jangan cakap la pasal naik basikal ni..dah expert dah...rasa2 nak ajar dia kayuh tanpa roda belakang 2 la..mean, roda yang kecik2 tu nak bukak...sebab macam tinggi sangat plak tgk Mikhail naik basikal tu..cam dah tak sesuai..Abang kan dah besarr :D

Tapi tengok la camana nanti...kalau dia ok boleh la kot :)









Tuesday, April 14, 2009

Anak mama yang soleh..InsyaAllah

Video ni pulak masa umur Mikhail 3 tahun 3 bulan..

Mikhail dah pandai baca doa makan tau..Alhamdulillah..saaaayang anak mama nie :D




Mari kita belajar Alif Ba Ta bersama Prof Ahmad Mikhail,,tapi sampai waw, ha je..sebabnye, memory dah full..hp mama tiba2 off..ceh..nanti2 mama update yg full version ye




Tuesday, April 7, 2009

Anak mama yang bijak

Hai.. hari ni mama nak tunjuk bakat anak mama sorang nih..

Ni masa 3 tahun 2 bulan, Mikhail dah pandai mengira dan speaking..





Ni plak video speaking Londonnya..hehe



Pandai anak mama kan...Mama doakan Mikhail berjaya dunia dan akhirat ye sayang...

Wednesday, March 25, 2009

Bakat terpendam

Kau gadis idamanku..Hanya engkau yang satu..hadirlah...

Inilah bakat terpendam Mikhail kalau uols nak tau..



Jangan main2 tau..Dalam diam2 tu..






Saturday, March 7, 2009

Nyum..nyum

Hai..Lama mama tak update kan untuk Abang kan..Ok hari ni Abang ikut mama ke ofis..Abang melaram dengan baju baru dari Sarawak.. kan hari tu mama bawak abang g Sarawak kan..Best sangat kan..Kalau nak tgk, sila klik sini ye :)

Abang makan roti canai..sedapnye :D

Tuesday, February 10, 2009

Progress 3 tahun 2 bulan

Hi all, next week Ahmad Mikhail bin Ahmad Latfi dah masuk 3 tahun 2 bulan.

Alhamdulillah Mikhail saaangat baik dan InsyaAllah akan kekal selamanya..Hari ni, Mama nak ceritakan perkembangan Mikhail :-

~ Pandai mengira 1,2,3...10 dalam dwi-bahasa (English n BM)
~ suka memilih sendiri baju apa yg nak dipakai tiap2 hari n kebanyakannya nak pakai seluar jean
~ senang ingat dengan perkataan2 yang baru ipelajari
~ tak pakai diapers siang n malam
~ pandai cakap kalau nak 'toooott'
~ pandai amik hati.. (malam tadi dia amik hati abahnya b4 tido..abah baik, abah wangi, abah tak hitam, abah bersihh je..aduss siapa yang tak tergoda?)kekek
~ kurang mesra dengan org yang tak dikenali tapi kalau dah kenal, sendiri mau ingat la..
~ suka pujuk balik kalau kena marah ( pas kena marah dia akan cakap " senyum la dengan abang.." "sori ye..abang tak buang lagi" dengan suara yang palinggg lembut)
~ suka bahasakan diri sebagai abang (semoga dia akan bertanggungjawab sesuai dengan gelaran tu)..InsyaAllah
~ pandai jaga adik (Akma). dia akan nasihat "Akma jgn noty2 ye, baik2 je tau", "Akma nak apa? abang ambikkan ye", "Akma jangan nangis ye, abang ada"..
~ suka bertanya sampai kelu nak menjawab..tapi xpe..mama suka
~ suka makan vitamin (Spirulina n Curcuma Plus)
~ suka korek siku org disebelahnya...kadang2 ok le..tp kadang2 tgh masak pon nak buat jugak..aisey
~ pandai solat lengkap dengan salam..Alhamdulillah (bacaan lom belajar lagi :p)
~ tak suka cerita power rangers n cerita yg sewaktu dengannya..tapi sangat suka cerita solat, cerita pendidikan..
~ suka mencuba benda yang baru
~ bukan seorang yang penakut dengan binatang..(cicak, kuda,kucing)
~ suka minum air masak n kurang suka minum susu
~ berani pergi klinik..doktor injection ke..buat apa pon dia akan berani..kira berserah la ni...hehe
~ suka menolong..(sapu sampah, kemas mainan)
~ semua warna dah tau dalam dwi bahasa (English n BM)
~ asyik cakap nk g school je..sabar ye sayang, InsyaAllah next year mama hantar..
~ pandai lipat (so far lipat sejadah, tuala, baju kecik2)


Ok..so far, inilah perkembangan Mikhail..kalau ada lagi, mama sambung nanti..Semoga Ahmad Mikhail jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat.. InsyaAllah..




Friday, January 2, 2009

Hadiah dah sampai

Actually, hadiah ni dah lama sampai dalam 2 minggu kot..

Thanks Comellote Collection (Wan Azie) & Muslimah Shoppe..


Jeans untuk Akma (Osh Kosh) + Mikhail (Levi's)
Mikhail n Akma suka sangat dengan seluar ni..kalau boleh tiap2 ari nak pakai tu..sib baik sorok baik punya..hehe..

Dan nursing wear dah tentulah untuk mama kan...Saaangat puas hati! Senang betul nak menyusu in public..
Tq ye untuk penaja..





Dah sampai

Actually, hadiah ni dah lama sampai dalam 2 minggu kot..

Thanks Comellote Collection (Wan Azie) & Muslimah Shoppe..


Jeans untuk Akma (Osh Kosh) + Mikhail (Levi's)
Mikhail n Akma suka sangat dengan seluar ni..kalau boleh tiap2 ari nak pakai tu..sib baik sorok baik punya..hehe..

Dan nursing wear dah tentulah untuk mama kan...Saaangat puas hati! Senang betul nak menyusu in public..
Tq ye untuk penaja..